Sabtu, 23 November 2019

logo4

Log Masuk

LOG MASUK KE AKAUN

ID Pengguna
Kata Laluan
Ingat Saya

1.         Apakah yang dimaksudkan dengan Sistem Bayaran Pukal?

Merupakan sistem pembayaran bil secara berpusat oleh Pejabat Perakaunan berdasarkan maklumat bil yang dikemukakan oleh agensi pukal.

2.         Siapakah yang boleh menyertai Sistem Bayaran Pukal?

Agensi yang boleh dipertimbangkan untuk menyertai Sistem Bayaran Pukal adalah:

a)         Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC)

b)         Syarikat Tidak Berkaitan Kerajaan (Non GLC)

c)         Agensi Kerajaan

d)         Agensi Bukan Kerajaan

3.         Bagaimanakah cara untuk memohon menyertai Sistem Bayaran Pukal?

Agensi perlu membuat permohonan kepada Bahagian Khidmat Perunding, Jabatan Akauntan Negara Malaysia dengan melengkapkan borang permohonan di capaian berikut:

coms.anm.gov.my

4.         Berapakah tempoh masa yang diambil untuk melulus dan memuktamadkan pelaksanaan Sistem Bayaran Pukal bagi sesuatu agensi? 

Setiap permohonan akan dikaji sebelum kelulusan diberikan kepada agensi pemohon. Tempoh masa yang diambil bagi memuktamadkan pelaksanaan adalah tertakluk kepada kesediaan agensi dalam memenuhi kriteria yang ditetapkan oleh Jabatan Akauntan Negara Malaysia.

5.         Siapakah pegawai yang boleh dihubungi bagi permohonan ini?

Sila hubungi:

Unit Kajian

Bahagian Khidmat Perunding

Jabatan Akauntan Negara Malaysia

No. Telefon   : 03-8886 9603/ 9703

Alamat emel  : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

 

Permohonan