Selasa, 20 Ogos 2019

logo4

Log Masuk

LOG MASUK KE AKAUN

ID Pengguna
Kata Laluan
Ingat Saya

1.         Apakah tatacara bagi memohon Sijil Pematuhan SAGA?

Tatacara permohonan Sijil Pematuhan SAGA adalah seperti berikut:

a)         Mengisi Borang Soal Selidik Pematuhan SAGA

b)         Lawatan pemerhatian Urus Setia Jawatankuasa Pematuhan SAGA (JKPS)

c)         Lawatan penilaian JKPS yang terdiri daripada wakil Perbendaharaan, MAMPU, Jabatan Audit Negara dan Jabatan Akauntan Negara Malaysia

d)         Kelulusan daripada Jawatankuasa Pemandu SAGA

e)         Penganugerahan Sijil Pematuhan SAGA daripada Akauntan Negara Malaysia

2.         Apakah kriteria Pematuhan SAGA?

Pematuhan SAGA terbahagi kepada kriteria fungsi dan kriteria teknikal. Sila rujuk Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia Bilangan 6 Tahun 2014.

3.         Berapakah tempoh masa yang diambil bagi mendapatkan Sijil Pematuhan SAGA?    

Tempoh masa yang diambil adalah bergantung kepada kesediaan dan kepatuahn agensi terhadap kriteria SAGA.

4.         Bilakah Lawatan Pemerhatian Urus Setia Pematuhan SAGA akan diadakan setelah agensi menjawab soal selidik?         

Sesi Lawatan Pemerhatian Urus Setia Pematuhan SAGA akan diadakan sekiranya semua kriteria yang ditetapkan telah dipenuhi.

5.         Siapakah yang bertangungjawab menetapkan tarikh bagi Lawatan Pemerhatian Urus Setia Pematuhan SAGA dan penilaian Ahli JKPS?

Penetapan tarikh akan dilakukan oleh Urus Setia JKPS dengan persetujuan agensi.

6.         Berapakah tempoh masa yang diperlukan bagi tujuan penilaian dilakukan?

Tempoh masa penilaian bergantung kepada sesi soal jawab serta pembentangan yang dilakukan oleh agensi. Masa yang diperuntukkan sekurang-kurangnya 1 hari.

7.         Apakah dokumen yang perlu disediakan semasa sesi penilaian ini dilakukan?

Dokumen yang perlu disediakan adalah seperti berikut:

a)         Latar belakang agensi dan sistem kewangan dan perakaunan di agensi

b)         Gambarajah Sistem

c)         Proses Kerja

d)         Sampel dokumen kewangan bagi pengujian proses kerja

e)         Contoh Laporan Kewangan yang dijana daripada sistem

f)          SOP Pelan Pemulihan Bencana

g)         Dokumen yang diminta oleh urus setia dari semasa ke semasa

8.         Apakah kepentingan pemulihan?    

Pemulihan sistem amat perlu untuk memastikan kebolehsediaan dan kebolehcapaian.

Objektif utama adalah untuk meminimumkan sebarang gangguan atau kerugian akibat daripada ketidaksediaan. Pemulihan boleh dilakukan melalui aktiviti penduaan dan mewujudkan pelan pemulihan bencana (disaster recovery plan)/ kesinambungan perkhidmatan.

9.         Mohon penjelasan tentang Secure Socket Layer?

Capaian ke atas sistem yang digunakan oleh Agensi perlu dilengkapkan dengan Secure Socket Layer (SSL) bagi memastikan keselamatan penghantaran dan penerimaan data melalui rangkaian adalah terjamin.

10.   Apakah kesan terhadap Sijil Pematuhan SAGA yang telah diterima jika agensi melakukan penambahbaikan terhadap sistem yang digunapakai?     

Sekiranya penambahbaikan tersebut melibatkan perubahan struktur, Sijil Pematuahn SAGA adalah terbatal dan agensi perlu memohon untuk mendapatkan sijil yang baru.

11.      Senaraikan agensi yang telah berjaya mendapatkan Sijil Pematuhan SAGA?

Sehingga tahun 2014, terdapat 16 Agensi yang telah berjaya mendapatkan Sijil Pematuhan SAGA iaitu:

a)         Lembaga Getah Malaysia (LGM)

b)         Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM)

c)         Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER)

d)         Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI)

e)         Universiti Sains Malaysia (USM)

f)          Suruhanjaya Perkhidmatana Air Negara (SPAN)

g)         Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)

h)         Lembaga Promosi Kesihatan Malaysia (LPKM)

i)          Lembaga Pelabuhan Bintulu (LPB)

j)          Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR)

k)         Perbadanan Putrajaya

l)          Lembaga Pembangunan Wilayah Kedah (KEDA)

m)       Universiti Malaysia Pahang (UMP)

n)         Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS)

o)         Perbadanan Labuan(PL)

p)         Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH)

12.      Apakah kelebihan yang diperolehi oleh agensi yang telah mendapatkan Sijil Pematuhan SAGA?  

Bermula tahun 2015, Jabatan Akauntan Negara telah bekerjasama dengan Jabatan Audit Negara bagi mengambilkira elemen Pematuhan SAGA sebagai skop tambahan dalam pengauditan Indeks Akauntabiliti. Sehubungan itu, agensi yang telah mendapat pengiktirafan Pematuhan SAGA akan mendapat lebihan skor.

13.      Siapakah pegawai yang patut saya hubungi bagi tujuan lawatan ini?

Sila hubungi:

Unit Pematuhan Sistem

Bahagian Khidmat Perunding

Jabatan Akauntan Negara Malaysia

No. Telefon   : 03-8886 9546

Alamat emel  : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

 

Permohonan