Sabtu, 23 November 2019

logo4

Log Masuk

LOG MASUK KE AKAUN

ID Pengguna
Kata Laluan
Ingat Saya

1.         Apakah yang dimaksudkan dengan kemudahan potongan gaji?

Merupakan kemudahan kepada agensi yang diluluskan oleh JANM bagi mendapatkan bayaran atas sesuatu perkhidmatan yang diberikan kepada anggota perkhidmatan awam Persekutuan melalui potongan gaji di Sistem Gaji Berkomputer JANM.

2.         Bagaimanakah kemudahan potongan gaji dilaksanakan?

Agensi hendaklah memohon kod potongan gaji daripada JANM.

3.         Siapakah yang boleh memohon kod potongan gaji?

Berdasarkan Akta Fi 1951, agensi yang boleh memohon untuk mendapatkan kod potongan gaji adalah:

a)         Pihak Berkuasa Berkanun Persekutuan Dan Negeri

b)         Syarikat Berkaitan Kerajaan

c)         Syarikat Bukan Berkaitan Kerajaan

d)         Kelab/ Badan Kebajikan Dan Sukan/ Persatuan

e)         Badan-Badan Agama Islam

f)          ANGKASA

4.         Bagaimanakah cara untuk memohon kod potongan gaji?

Agensi perlu membuat permohonan kepada Bahagian Khidmat Perunding, Jabatan Akauntan Negara Malaysia dengan melengkapkan borang permohonan di capaian berikut:

coms.anm.gov.my

5.         Berapakah tempoh masa yang diambil untuk melulus dan memuktamadkan sesuatu kod potongan gaji.

Setiap permohonan akan dikaji sebelum kelulusan diberikan kepada agensi pemohon. Tempoh masa yang diambil bagi memuktamadkan pelaksanaan adalah tertakluk kepada kesediaan agensi dalam memenuhi kriteria yang ditetapkan oleh Jabatan Akauntan Negara Malaysia.

6.         Siapakah pegawai yang boleh dihubungi bagi permohonan ini?

Unit Kajian

Bahagian Khidmat Perunding

Jabatan Akauntan Negara Malaysia

No. Telefon   : 03-8886 9603/ 9703

Alamat emel  : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

 

 

Permohonan