Isnin, 16 September 2019

logo4

Log Masuk

LOG MASUK KE AKAUN

ID Pengguna
Kata Laluan
Ingat Saya

Dasar Privasi

Dasar privasi ini menerangkan penggunaan dan perlindungan maklumat yang dikemukakan oleh pengunjung melalui laman web Jabatan Akauntan Negara Malaysia di www.anm.gov.my.

Keselamatan Data

Semua penghantaran data peribadi akan dilindungi dan disimpan dengan menggunakan teknologi keselamatan yang sesuai.

Maklumat Yang Dikumpul

Tiada maklumat peribadi dikumpul semasa pengunjung melayari laman portal 1SPEKS di pautan http://coms.anm.gov.my/ kecuali maklumat yang dikemukakan oleh pengunjung melalui e-mel atau pendaftaran di bahagian yang dilindungi dalam laman web ini. Maklumat ini mungkin akan dikongsi bersama dengan agensi Kementerian Kewangan yang lain untuk membantu dalam penyediaan perkhidmatan yang lebih berkesan. Contohnya seperti di dalam menyelesaikan pertanyaan atau aduan yang memerlukan maklum balas dari agensi-agensi lain.

Pautan

Walaupun portal1speks.anm.gov.my mempunyai pautan dengan laman web agensi-agensi di bawah Kementerian Kewangan dan agensi-agensi lain, dasar privasi ini hanya terpakai untuk laman web ini sahaja. Pengunjung dinasihatkan supaya meneliti dan memahami dasar privasi bagi setiap laman web agensi lain yang dilayari.

Fail Log

Bagi tujuan meningkatkan tahap keselamatan dan kecekapan laman web Jabatan Akauntan Negara Malaysia, maklumat umum pengunjung seperti jenis browser, nama domain, nama negara dan lain-lain maklumat akan digunakan dalam pengumpulan dan penganalisaan maklumat demografi dan halaman-halaman yang sering dikunjungi oleh pelanggan. Walaubagaimanapun ianya tidak melibatkan privasi individu.

Cookies

Pada masa ini, Cookies tidak digunakan. Walaubagaimanapun ianya mungkin akan digunakan pada masa akan datang.

Pindaan Dasar

Sekiranya dasar privasi ini dipinda, pindaan akan dikemas kini di halaman ini.

Pertanyaan atau Aduan

Sebarang pertanyaan atau aduan mengenai dasar privasi coms.anm.gov.my bolehlah menghubungi kami melalui This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it." target="_blank" style="color: #41b1e5; cursor: pointer;">This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. atau melalui borang dalam talian di ruangan hubungi kami yang disediakan.