Sabtu, 19 Oktober 2019

logo4

Log Masuk

LOG MASUK KE AKAUN

ID Pengguna
Kata Laluan
Ingat Saya

1.     Apakah yang dimaksudkan dengan pengecualian Arahan Perbendaharaan / Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia? 

Merupakan kelulusan khas yang diberikan oleh Kementerian Kewangan atau Jabatan Akauntan Negara Malaysia (tertakluk kepada bidang kuasa masing-masing) kepada agensi yang memohon pengecualian kepada Arahan Perbendaharaan/ Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia yang tertentu.

2.         Apakah kategori pengecualian yang boleh dipohon daripada Jabatan Akauntan Negara Malaysia.

a)         Pengurusan Terimaan

-     Arahan Perbendaharaan 70

-     Arahan Perbendaharaan 72

-     Arahan Perbendaharaan 73

b)         Pengurusan Bayaran

-     Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia Bilangan 17  Tahun 2014 (Tatacara Perakaunan Bayaran)

Lain-lain permohonan pengecualian Arahan Perbendaharaan akan dipanjangkan ke Kementerian Kewangan.

3.     Bagaimanakah cara untuk memohon Pengecualian Arahan Perbendaharaan / Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia?

Agensi perlu membuat permohonan kepada Bahagian Khidmat Perunding, Jabatan Akauntan Negara Malaysia dengan melengkapkan borang permohonan di capaian berikut:

coms.anm.gov.my

4.         Berapakah tempoh masa yang diambil untuk mendapatkan kelulusan  Pengecualian Arahan Perbendaharaan / Surat Pekeliling Akauntan Negara?

           

Setiap permohonan akan dikaji dan keputusan akan dimaklumkan kepada pemohon dalam tempoh satu bulan dari tarikh terima dokumen yang lengkap.

5.         Adakah agensi boleh membuat rayuan jika permohonan ditolak?

Boleh.

6.         Adakah agensi perlu membuat permohonan semula bagi pengecualian yang sama yang telah diluluskan sebelum ini?

Agensi perlu mengemukakan permohonan semula sekiranya kelulusan yang terdahulu telah terbatal atau tamat tempoh.

7.         Siapakah pegawai yang boleh dihubungi bagi permohonan ini?

Sila hubungi:

Unit Kajian

Bahagian Khidmat Perunding

Jabatan Akauntan Negara Malaysia

No. Telefon   : 03-8886 9875/ 9603/ 9703

Alamat emel  : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

 

Permohonan