Sabtu, 14 Disember 2019

logo4

Log Masuk

LOG MASUK KE AKAUN

ID Pengguna
Kata Laluan
Ingat Saya

1.         Mengapakah Kementerian/ Jabatan perlu mendapat kelulusan rekabentuk saluran terimaan/ bayaran daripada JANM sedangkan kelulusan pembangunan sistem telah mendapat kelulusan JPICT Kementerian dan MAMPU?

Kelulusan rekabentuk saluran terimaan/ bayaran perlu mendapatkan kelulusan Jabatan Akauntan Negara Malaysia kerana ia merupakan tanggungjawab Akauntan Negara Malaysia selaras dengan Arahan Perbendaharaan 138(a) bagi memastikan sistem perakaunan yang dibangunkan mempunyai pengawasan yang sesuai untuk mengelakkan kehilangan kerana penipuan dan kecuaian serta memastikan transaksi terimaan/ bayaran diakaunkan dengan lengkap dan tepat.

2.         Apakah saluran terimaan elektronik yang dibenarkan untuk dilaksanakan oleh Kementerian/ Jabatan?

Jenis Saluran

Mod Terimaan

Terimaan elektronik di kaunter

Kad Kredit

Kad Debit

Portal Kementerian/ Jabatan

FPX

Kad Kredit

Portal Bank

FPX

Kad Kredit

3.         Pekeliling apakah yang perlu dirujuk bagi pelaksanaan terimaan secara elektronik di kaunter Kementerian/ Jabatan ?        

Sila rujuk:

a)  Pekeliling Perbendaharaan PS 2.1 (Pungutan Hasil Kerajaan Secara e-Payment); dan

b)  Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia Bilangan 13 Tahun 2014 (Tatacara Perakaunan Terimaan Kerajaan Persekutuan – Lampiran B1).  

4.         Pekeliling apakah yang perlu dirujuk bagi pelaksanaan terimaan secara elektronik melalui portal Kementerian/ Jabatan ?        

Sila rujuk:

a)  Pekeliling Perbendaharaan PS 2.2 (Pungutan Hasil dan Terimaan Bukan Hasil Secara Online); dan

b)  Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia Bilangan 13 Tahun 2014 (Tatacara Perakaunan Terimaan Kerajaan Persekutuan – Lampiran B2).  

5.         Pekeliling apakah yang perlu dirujuk bagi pelaksanaan terimaan secara elektronik melalui portal bank ?  

Sila rujuk:

a)  Pekeliling Perbendaharaan PS 2.3 (Pungutan Hasil dan Terimaan Bukan Hasil Melalui Perbankan Internet dan Mudah Alih); dan

b)  Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia Bilangan 13 Tahun 2014 (Tatacara Perakaunan Terimaan Kerajaan Persekutuan – Lampiran B3).  

6.         Adakah permohonan pelaksanaan terimaan secara elektronik di kaunter Kementerian/ Jabatan dan terimaan secara elektronik menerusi portal Kementerian/ Jabatan dibuat bersekali?

Boleh.

7.   Adakah Acquiring Bank boleh mengenakan caj perkhidmatan yang lebih rendah berbanding yang dinyatakan dalam Pekeliling Perbendaharaan.      

Caj perkhidmatan yang dinyatakan dalam Pekeliling Perbendaharaan adalah caj maksimum yang boleh dikenakan oleh Acquiring Bank. Kementerian/ Jabatan adalah digalakkan untuk berunding dengan Acquiring Bank bagi mendapatkan caj perkhidmatan yang terbaik.

8.         Berapakah tempoh masa yang diambil untuk mendapatkan kelulusan reka bentuk saluran terimaan/ bayaran.

Setiap permohonan akan dikaji dan kelulusan akan diberikan dalam tempoh satu (1) bulan dari tarikh permohonan lengkap diterima.

9.         Adakah kelulusan rekabentuk saluran terimaan/ bayaran mempunyai tempoh sah laku? 

Kelulusan yang diberikan tiada tempoh sah laku. Walaubagaimanapun, agensi hendaklah mengemukakan permohonan baru sekiranya terdapat perubahan kepada rekabentuk sistem yang telah diluluskan.

10.      Siapakah pegawai yang boleh dihubungi bagi permohonan ini?

Sila hubungi:

Unit Kelulusan Sistem 1

Bahagian Khidmat Perunding

Jabatan Akauntan Negara Malaysia

No. Telefon   : 03-8886 9752/ 9534/ 9543

Alamat emel  : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

 

Permohonan