Sabtu, 19 Oktober 2019

logo4

Log Masuk

LOG MASUK KE AKAUN

ID Pengguna
Kata Laluan
Ingat Saya

1.         Apakah yang dimaksudkan dengan SAGA?          

SAGA adalah merujuk kepada Standard Accounting System for Government Agencies (Sistem Perakaunan Standard bagi Agensi Kerajaan). SAGA merupakan sistem perakaunan dan kewangan berkomputer (sama ada yang dibangunkan atau pakej perakaunan di pasaran yang diubah suai) untuk Agensi Kerajaan yang mematuhi semua keperluan Prinsip Perakaunan Diterima Umum dan kriteria Pematuhan SAGA yang telah ditetapkan oleh JANM.

2.         Apakah yang dimaksudkan dengan Agensi Kerajaan dalam Sistem SAGA?    

Agensi Kerajaan merujuk kepada:

a)         Badan Berkanun Persekutuan;

b)         Badan Berkanun Negeri;

c)         Pihak Berkuasa Tempatan; dan

d)         Majlis Agama Islam.

3.         Apakah objektif SAGA?        

Memastikan penyata kewangan dapat disediakan dengan lebih cepat, tepat, kemaskini dan berintegriti dengan menggunakan kod perakaunan yang ditetapkan bagi memantapkan sistem pengurusan perakaunan dan kewangan Agensi Kerajaan.

4.         Apakah sumber rujukan berkaitan SAGA?

a)   Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bilangan 1 Tahun 2011 – Pelaksanaan SAGA

b)  Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia Bilangan 2 Tahun 2015 – Pelaksanaan, Pemantauan, dan Pematuhan Sistem Perakaunan Standard bagi Agensi Kerajaan Standard Accounting System For Government Agencies (SAGA)

5.         Apakah struktur tadbir urus SAGA?           

Struktur tadbir urus SAGA terdiri daripada:

a)         Lembaga Perolehan Khas SAGA (JANM)

b)         Jawatankuasa Pemandu (JANM)

c)         Jawatankuasa Teknikal (JANM)

d)         Jawatankuasa Pemantau SAGA (Kementerian/ Kerajaan Negeri)

e)         Jawatankuasa Pelaksana SAGA (Agensi)

f)          Pasukan Petugas SAGA (Agensi)

g)         Jawatankuasa Pematuhan SAGA (JANM)

Ketua agensi bertanggungjawab memastikan SAGA dilaksanakan dengan jayanya mengikut tatacara yang ditetapkan.

6.         Apakah tindakan yang perlu diambil oleh agensi untuk mendapatkan Sistem Perakaunan dan Kewangan Berkomputer?

Agensi Kerajaan yang ingin membangunkan / mendapatkan Sistem Perakaunan dan Kewangan Berkomputer dikehendaki memohon Kelulusan Rekabentuk Sistem SAGA berdasarkan Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia Bilangan 2 Tahun 2015.

Permohonan ini perlu melalui dua (2) jawatankuasa di JANM iaitu Jawatankuasa Teknikal SAGA dan Jawatankuasa Pemandu SAGA.

Permohonan Kelulusan Rekabentuk hendaklah dikemukakan melalui emel selewat-lewatnya tiga (3) minggu sebelum mesyuarat JKT SAGA diadakan untuk semakan dan tindakan urus setia.

7.         Apakah modul asas SAGA? 

Modul asas SAGA adalah seperti berikut:

a)         Lejar Am

b)         Buku Tunai

c)         Akaun Belum Bayar

d)         Akaun Belum Terima

e)         Kawalan Bajet

f)          Perolehan

g)         Pengurusan Aset

h)         Inventori

i)          Gaji

j)          Sistem Maklumat Pengurusan

k)         * Pengkosan Projek

l)          * Pelaburan

m)      * Pinjaman dan Pajakan

n)   * Akaun Subsidiari (Pinjaman, Pendahuluan dan Tuntutan Kakitangan, Amanah dan Deporsit serta akaun lain)

           

* mengikut keperluan agensi

8.         Berapakah tempoh masa yang diambil bagi mendapatkan kelulusan rekabentuk Sistem SAGA dari Jabatan Akauntan Negara Malaysia?

Tempoh masa yang diambil dari permohonan lengkap diterima sehingga kelulusan diperolehi dari Jawatankuasa Pemandu (JKP) SAGA dijangka mengambil masa selewat-lewatnya dua bulan.

9.         Apakah kesan jika agensi tidak mendapatkan kelulusan rekabentuk SAGA dari Jabatan Akauntan Negara Malaysia?       

Sekiranya agensi tidak mendapatkan kelulusan rekabentuk sistem SAGA dari Jabatan Akauntan Negara Malaysia, agensi berkemungkinan menghadapi masalah seperti berikut:

a)  Mendapatkan kelulusan perolehan di peringkat Kementerian Kewangan Malaysia bagi agensi yang bukan Self Financing;

b)  Mendapatkan kelulusan perolehan di peringkat MAMPU bagi agensi yang bukan Self Financing;

c)  Pemarkahan bagi Penilaian Indeks Akauntabiliti oleh Jabatan Audit Negara.

10.      Adakah agensi perlu mendapat Sijil Pematuhan SAGA (SPS) walaupun agensi telah mendapat kelulusan rekabentuk Sistem SAGA dari Jabatan Akauntan Negara Malaysia?           

Ya, agensi perlu mendapat SPS walaupun agensi telah mendapat kelulusan rekabentuk sistem perakaunan dari Jabatan Akauntan Negara Malaysia kerana SPS diberikan berdasarkan pelaksanaan sistem perakaunan di agensi.

11.      Apakah tindakan seterusnya yang perlu diambil oleh agensi setelah mendapat kelulusan rekabentuk Sistem SAGA dari Jabatan Akauntan Negara Malaysia?     

Tertakluk kepada sumber peruntukan yang digunakan bagi mendapatkan sistem perakaunan yang dicadangkan. Sekiranya sumber peruntukan adalah dari geran kerajaan, agensi perlu mendapatkan kelulusan Lembaga Perolehan Khas SAGA (LPKS) bagi perolehan sistem perakaunan yang bernilai kurang dari RM15 juta.

12.      Adakah kelulusan rekabentuk sistem SAGA mempunyai tempoh sah laku?  

Kelulusan yang diberikan tiada tempoh sah laku. Walau bagaimanapun, agensi hendaklah mengemukakan permohonan baru sekiranya terdapat perubahan kepada rekabentuk sistem yang telah diluluskan.

13.      Siapakah pegawai yang patut saya hubungi bagi mendapatkan maklumat lanjut berhubung permohonan kelulusan rekabentuk sistem SAGA?

Sila hubungi:

Unit Kelulusan Sistem 2

Seksyen Perundingan Kewangan dan Perakaunan

Bahagian Khidmat Perunding

Jabatan Akauntan Negara Malaysia

No. Telefon   : 03-8886 9547/ 9756/ 9682/ 9699/ 9757

Alamat emel  : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

 

Permohonan